Archives for posts with tag: infoshop

maafkan kami kerana lama benar tidak ada post terbaru di sini. sedang sungguh berusaha mengurus infoshop kami lewat ini. hampir sahaja tidak cukup tangan. juga masih mengatur beberapa acara bagi mengisi aktiviti ruang di infoshop sana. Acara yang ini adalah salah satu di antaranya:

Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA)

Secara ringkasnya, FTA adalah suatu bentuk kolonialisme baru melalui perdagangan. Ia lebih kurang seperti membuka pasaran negara tanpa mengenakan cukai, tarif atau apa-apa halangan kepada negara lain. Dengan kata lain, barangan impot yang didagang oleh negara luar dalam perjanjian akan dikecualikan dari cukai. Sudah tentu ada kebaikannya kerana barangan akan menjadi lebih murah, walaupun begitu akan terjadi lambakan

barang. Sedangkan tanpa pengecualian cukai dan FTA, sudah terdapat terlalu banyak TESCO, Carrefour dan sebagainya. Membuatkan bisnis kecil tempatan lain semakin terdesak. Cuba bayangkan apabila perjanjian FTA langsung ditandatangani. Ini tidak ada kena mengena dengan mengamal faham patriotisme dan mahu melangsung dasar perlindungan atau protectionism. Namun pada dasarnya, FTA mempunyai banyak implikasi kepada terutamanya kelompok marginal. Ia hanya memberi manfaat tidak lain tidak bukan kepada golongan elit. Golongan peniaga kecil akan terpaksa tutup kedai akibat oleh perluasan pesat begini.

Selain daripada itu terdapat juga banyak implikasinya terhadap para pekerja. Dalam kata lain pengalihan daya atau penyumberan luar atau juga outsourcing! Para pekerja akan semakin kehilangan hak untuk berkesatuan dan dibayar gaji yang murah. Semua syarikat transnasional ini tidak akan melabur di negara lain jika pekerja di negara tersebut menuntut upah yang tinggi serta hak mereka sebagai pekerja. Oleh itu bagi menarik para pelabur ini, para pekerja akan diberikan gaji dan faedah yang rendah.

Ubat-ubatan generik juga akan terhapus. Sekali FTA ditandatangani, anda akan terpaksa membayar harga asal ubat yang ada mungkin perlukan. Amerika dan Kesatuan Eropah adalah pengeluar terbesar ubat-ubatan dan mereka ini tidak ingin syarikat pengeluar kecil ubat-ubatan generik bersaing dengan mereka. Mereka mahu memonopoli segalanya. Jadi, mereka perlu berusaha bersungguh-sungguh melindungi paten ubatan mereka melalui perjanjian FTA ini.

Malaysia sejak akhir-akhir ini sedang berurusan dengan beberapa nama besar seperti Kesatuan Eropah dan juga Amerika Syarikat. Anda seterusnya boleh mengagak apakah yang akan berlaku sekiranya FTA ditandatangani. Tetapi jika sekiranya anda mahu mengetahui lebih lanjut dan membuahkan fikiran, silalah hadir di Pustaka Semesta pada 22 Januari ini bagi bersama membedah implikasi FTA.

————————————

Free Trade Agreement (FTA)

To put in simple words, FTA is a new form of colonialism via trade. It is pretty much opening your market with no taxes, tariffs, or barriers to other states. Meaning all imported goods which are sold from the signatory state will be tax exempted. Of course this is great because things will be cheaper but there will also be an overflow or dumping of goods. Even without tax exemption and FTAs, there are already loads of TESCOs, Carrefour, and the likes. The small shops are already struggling as it is. Imagine with the FTA is signed. This has nothing to do with being patriotic and wanting to continue protectionism. But FTA has a lot of implications to especially the marginalized groups. It benefits no one except the elites. Small time traders would have to close shops because of the rapid expansion.

Besides that, it has loads of implication on the workers. Outsourcing, baby! Workers will not have their rights to unionize and will be paid shit money. All these transnational companies are not going to invest in a country if they demand for high wages and their “rights”. So in order to attract more investors, workers will be given less pay and benefits.

Also, say goodbye to generic medicines.  Once FTA is signed, you will have to pay the original price for whatever medicines that you would need. US and EU are the biggest manufacturers of drugs and they don’t want all these small time generic medicines companies to compete with them. They want to monopoly. So they are trying very hard to protect their patent via FTA.

Malaysia is currently talking to a few big names about FTAs namely, EU and US. You know what will happen if the FTA is signed. But if you want to know more and you wanna have your say, please come to Pustaka Semesta this January 22 to discuss the implications of FTA.

http://www.ftamalaysia.org/

http://www.bilaterals.org/spip.php?article18398

http://www.bilaterals.org/spip.php?article18610

http://anilnetto.com/europe/eu-malaysia-fta-trade-invaders/

Advertisements


Hanya tinggal beberapa minggu lagi sahaja sebelum infoshop Kudeta benar-benar dibuka. Cuma barangkali banyak lagi yang masih harus diusaha dan diperlukan. Di kedapatan ini disenarai seberapa sedikit barang diperlukan yang mungkin boleh disumbang ramai jika ada:

  1. rak buku
  2. meja
  3. kerusi
  4. telefon
  5. mesin fax
  6. perabot lain (eg. almari kaca atau kaunter)
  7. alat tulis
  8. komputer
  9. printer
  10. buku-buku
  11. apa jua barang berkenaan lain

Ini hanyalah senarai ringkas keperluan waktu awal pembukaan buat masa ini. Kami sangat berbesar hati menerima apa sahaja sumbangan kerana jika tidak ke infoshop nanti, ia boleh juga disalur pada acara RRFM di Gudang Noisy kelak. Sebarang pertanyaan boleh diaju di sini Email me!

barangkali antara acara yang julung-julung kali pernah diadakan, zine fest kuala lumpur, 2010 akan berlangsung di gudang noisy , lewat ini tempat berlakunya pelbagai acara dan juga sebagai pusat komuniti di ibu kota. tarikh acara direncanakan pada 25 julai, pukul 2pm. keterangan lanjut boleh diajukan atau disemak di sini.

antara aturcara untuk hari itu adalah:
sesi pembacaan zine oleh-
Mat Noor
Azizi Bebal
Pidot Nothing Else
Nizang Mosh
dll

pertunjukan oleh-
The Pips
The Chalat Chalat
Keladak

serta sesi pembuatan zine terus (kertas dan pen akan diberikan kepada para hadirin/peserta. penulisan akan diterbitkan terus).
————————————
*kolektif kudeta akan membuka meja bagi trade, jualan, perkongsian zine, cerita dll pada hari tersebut. juga ini adalah sebagai kempen permulaan mengutip dana bagi biaya projek pembukaan infoshop kolektif. segala sumbangan dan sokongan adalah amat dialu-alukan.