Ketahuilah serba sedikit,
Sesungguhnya, Kudeta adalah metafora. Pakai berkias perkumpulan orang pembangun mimpi. Serasa panggilan guna alegori mencakup maksud sepenuhnya buat kami daripada batas pengertian umum Kudeta itu sendiri. Pada segala kebarangkalian dunia, Kudeta menuntut apa jua yang mungkin yang indah serba-serbi. Rambang dan bebas. Namun tidak akan pernah punya cita mahu bernaung sama sekali pada bayangan kuasa apatah lagi mendukung usaha merebutnya. Itu terlalu mudah, jika terus mengandai dinamis kuasa akan selalu merujuk erti konvensionalnya--pentadbiran kerajaan, parti politik, pilihanraya. 'Kuasa' bukan lagi selalunya berpusat atau berimej seorang pemerintah kuku besi semata. Ia beredar di mana jua, bersilih-ganti antara rangka psikologi dan fizikal.


Perhubungan antara 'kudeta' dan kuasa sepertinya terlalu sukar dipisahkan sedang hanya dengan kata-kata. Dan mungkin juga benar, Kudeta itu adalah jalan pengambil-alihan kuasa, perampasan perang. Tapi itu tetap urusan simbolisme makna. Seandainya kesamaran metafora langsung mahu berterus-terang, Kudeta bukan cukup setakat itu.
Percayalah!