Archives for the month of: Ogos, 2010

Salah satu sebab mengapa Infoshop Kudeta mahu dibuka di Noisy adalah saran beberapa anggota untuk membantu secara langsung sedikit sebanyak kepada Gudang Noisy dalam menjelaskan sewa bulanan mereka. Hanya tinggal sehari lagi sebelum Infoshop kami dibuka, namun berita diterima semalam lewat tuan pemilik premis tentang penjelasan tunggakkan sewa yang ternyata lebih besar dari jumlahnya dari sewa bulanan, dan tempoh kurang sebulan bagi melangsaikan jumlah sewa tersebut harus membungkam komuniti noisy, kami serta rakan-rakan lain. Di sini adalah urgent appeal dari mereka:

Gudang Noisy adalah sebuah Pusat Komuniti yang direalisasikan oleh beberapa rakan disebabkan kurangnya ruang bebas untuk anak muda menjalankan aktiviti-aktiviti alternatif di Malaysia. Malangnya Gudang Noisy sedang menghadapi masalah kewangan untuk mengekalkan ruang ini sebagai ruang komuniti dan gig. Pemilik bangunan ini menetapkan tempoh selama sebulan untuk membayar sewa tunggakan sebanyak RM3000. Terdapat beberapa masalah dari segi pembayaran sebelum Pusat Komuniti Gudang Noisy mula beraktiviti. Hal ini menjadikan situasi Gudang Noisy yang baru sahaja aktif terbantut.

Antara aktiviti yang telah dijalankan di ruang ini adalah festival (Femme Fest, Girl Fest, Zine Fest), vegan cafe, pembuatan soya, perpustakaan mini yang mengandungi pelbagai buku dan zine, penjualan dan pembuatan tshirt, penjualan risalah dan music alternatif, ruang untuk perjumpaan dan perbincangan, workshop tattoo tapping, Really Really Free Market (pasar percuma), movie screening percuma secara bulanan, gig dan sebagainya. Pada masa hadapan, terdapat banyak aktiviti yang telah dirancang seperti Food Not Bombs, ko-operasi basikal, infoshop (Pustaka Semesta) dan lain-lain.

Oleh itu, kami sangat mengalu-alukan bantuan dan sokongan dari anda untuk menderma sebanyak RM20 (atau lebih). Kami menjemput anda untuk turut serta menjalankan aktiviti di ruang ini dan menghulurkan bantuan untuk menyelamatkan ruang ini agar segala bentuk aktiviti alternatif dapat diteruskan di masa akan datang.

Setiap sumbangan boleh disalurkan ke akaun bank Ahmad Ariffudin bin Ab Rahman (MAYBANK 114086009975) atau hubungi 0127968504 / gudangnoisy@gmail.com.

Untuk maklumat lanjut tentang aktiviti Pusat Komuniti Gudang Noisy, layari blog kami www.gudangnoisy.wordpress.com atau Facebook http://www.facebook.com/home.php?#!/pages/Ampang-Selangor/gudang-noisy/130490626985354

Sila sebarkan pengumuman ini.

Terima kasih.
————————
English:

Gudang Noisy is a community center established by a group of friends upon realizing that there is a lack of space for young people to organize alternative activities in Malaysia. Unfortunately, Gudang Noisy is currently facing some financial problems to sustain the space as a community center and a place to throw gigs. The owner of the building has given us a month to settle all the outstanding rent which is now stands at RM 3,000. We have been facing a lot problem in terms of paying rent since we started operating here. This is a huge hindrance for Gudang Noisy as it has been actively organizing things of recent.

We have organized a number of events here at the space, including radical festivals (Femme Fest, Zine Fest), vegan cafe, DIY soy milk, silk screening, tattoo workshop (tapping), really really free market, monthly free screening, gigs, amongst many other things. Besides that, we also have a mini library here which has a range of books and zines, a space to conduct meetings and discussion, as well as other things. We have also planned a slew of activities for the future including Food not Bombs, a bicycle co-op,  and an infoshop (Pustaka Semesta).

We would really appreciate it if you would be able to donate at least RM 20 (or more) to help us out in this time of need. And we would also like to invite you to participate in any future events to save Gudang Noisy so that there is a space for people to continue organizing alternative events.

All donations can be channeled to  Ahmad Ariffudin bin Ab Rahman (MAYBANK 114086009975) or please contact us at 0127968504 / gudangnoisy@gmail.com.

For more info about our activities, please log on to   www.gudangnoisy.wordpress.com or check out our Facebook http://www.facebook.com/home.php?#!/pages/Ampang-Selangor/gudang-noisy/130490626985354

Please spread the news!

Thanks!

really really free market

gigs

shows

zine fest 2010

back door

Advertisements

Ahad, 15 Ogos, 2010
Seramai 5,000 orang pekerja asing bertindak melakukan bantahan dengan membaling kerusi, batu dan sampah ke arah 200 orang polis, serta menyerang pondok pengawal di Johor Bahru, pada Ahad Lepas. Rusuhan yang berlangsung dan bertahan selama tujuh jam tersebut berlaku di sekitar bangunan kediaman para pekerja. Ia turut disertai oleh pekerja dari negara Myanmar, Bangladesh, India dan Nepal yang dikatakan pekerja dari sebuah kilang elektronik di Kawasan Perindustrian Tebrau Johor Bahru.

Rusuhan tercetus berikutan kematian seorang rakan mereka, seorang pekerja dari Nepal, berusia sekitar 20 tahun. Keterlewatan untuk menghantar pekerja ke hospital dan diberi rawatan oleh majikan, menjadi punca kematian. Beliau menghembus nafas terakhir pada pukul 7 pagi, di Hospital Sultan Ismail dan ini membuat rakan sekerja lain berang lalu berkumpul di kawasan tempat tinggal mereka dan mengherdik ke arah majikan.

Pekerja yang meninggal tersebut dianggap berahsia dan tidak memaklum majikan tentang tahap kesihatan beliau yang mengalami demam panas teruk sehingga membawa kepada maut. Akses rawatan dan kesihatan adalah seringkali menjadi suatu kesulitan bagi para pekerja asing di negara ini kerana tidak ada dokumen sah untuk bergerak atau paspot mereka oleh majikan. Walaupun dengan memiliki dokumen, mereka dituntut membayar wang pendaftaran rawatan sebanyak RM50 berbanding warga Malaysia iaitu RM1, satu jumlah yang sangat mahal.

Dipetik dari portal lain, sebagai berkata pekerja dari Bangladesh menuntut majikan menyediakan sebuah klinik serta sanggup memberi pampasan sebanyak rm25,000 kepada keluarga mana-mana pekerja yang ditimpa kecelekaan di situ. Berikutan kejadian rusuhan, pihak pengurusan syarikat bersetuju menemui wakil pekerja bagi menyelesaikan masalah di kilang.

Rusuhan akhirnya telah disuraikan oleh polis dan FRU pada pukul 2 petang.

Solidariti untuk para pekerja asing di Johor Baharu!!
Solidariti untuk Thu Maung dan semua pekerja asing seluruh Malaysia!!

sumber:
libcom
workers hub

————–

berita susulan kejayaan para pekerja beberapa hari berikutnya di sini


Hanya tinggal beberapa minggu lagi sahaja sebelum infoshop Kudeta benar-benar dibuka. Cuma barangkali banyak lagi yang masih harus diusaha dan diperlukan. Di kedapatan ini disenarai seberapa sedikit barang diperlukan yang mungkin boleh disumbang ramai jika ada:

  1. rak buku
  2. meja
  3. kerusi
  4. telefon
  5. mesin fax
  6. perabot lain (eg. almari kaca atau kaunter)
  7. alat tulis
  8. komputer
  9. printer
  10. buku-buku
  11. apa jua barang berkenaan lain

Ini hanyalah senarai ringkas keperluan waktu awal pembukaan buat masa ini. Kami sangat berbesar hati menerima apa sahaja sumbangan kerana jika tidak ke infoshop nanti, ia boleh juga disalur pada acara RRFM di Gudang Noisy kelak. Sebarang pertanyaan boleh diaju di sini Email me!

Saksi kejadian dan catatan oleh “Resino W Asis & Serikanda”
Ahad, 1 Ogos 2010.
Hari menjelang gelap. Sekitar 300 orang mula berkumpul bagi mengingati hari ini. Hari ini genap sudah 50 tahun “Akta Keselamatan dalam Negeri 1960” bekuasa. Himpunan pada malam bagi memperingati serta sebagai tanda solidariti kepada mangsa-mangsa kekejaman I.S.A. dan mendesak agar ia dimansuhkan dan bukan dipinda. Setiap individu wajib dibicarakan sebelum didapati bersalah dan meminda akta ini hanya sebahagian dalih mengekalkannya. Acara diadakan serentak di 8 negeri di Malaysia dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).

Di Kuala Lumpur, acara diadakan di padang MPPJ, berdekatan dengan AMCorp Mall. Seawal ketibaan, sudah kelihatan kawasan perhimpunan telah dipenuhi dengan apparatus kerajaan, berkawal dan bersedia untuk menggagalkan perhimpunan aman ini. Peserta perhimpunan mula bergerak menuju ke arah padang untuk memasang lilin menjelang pukul 7.15 malam. Tetapi mereka telah dihalang oleh polis dengan alasan perhimpunan ini tidak ada permit dari mereka. Beberapa cubaan untuk berbincang dengan polis tetapi gagal. Pihak penganjur telah pun mendapat kebenaran untuk menggunakan padang tersebut untuk berhimpun tetapi ianya tidak diendahkan oleh pihak polis dan mengarahkan semua yang ada di situ agar segera bersurai.

Keadaan mula menjadi kecoh apabila FRU mula bertindak kasar menyuraikan perhimpunan. Cota dan perisai penghadang telah dijadikan alat kekuasaan menghambat dan menakutkan orang ramai dan ini telah menimbulkan ketegangan semasa demonstran beransur-ansur diasak ke kawasan tempat letak kereta di Amcorp Mall hingga ke dalam pusat beli-belah tersebut. Beberapa orang demonstran telah seawal lagi ditahan di dalam kekalutan tersebut. Pintu besi pusat beli-belah itu ditutup dan pihak polis seolah-olah berjaya mengawal keadaan dengan para demonstran tampak seperti terkepung di dalam ruang legar bangunan tersebut. Ketumbukan FRU telah diletak berkawal di hadapan pintu bangunan seperti mahu menghadang jalan keluar. Cubaan ini langsung tidak mematahkan semangat para demonstran. Ada sesetengah demonstran menyalakan lilin dari dalam bangunan sebagai tanda semangat perlawanan yang masih belum padam dan menyerah kalah. Pihak polis bertindak menceroboh ke dalam banggunan dan telah menangkap beberapa orang lagi demonstran. Dianggarkan sepanjang kejadian ini, seramai 20 orang atau lebih telah ditahan dan mereka telah dibawa ke IPD Petaling Jaya. Dalam penahanan itu, beberapa orang komrad termasuk 2 dari FNBKL telah ditahan.

Para demonstran yang masih tinggal serta yang baru tiba kemudian bergerak menuju ke IPD Petaling Jaya untuk memberikan solidariti kepada para tahanan dan meneruskan perhimpunan memperingati ISA di sana. Ini tidak kesampaian kerana saat baru sahaja mahu bergabung di depan IPD tersebut, dua trak yang membawa FRU dan satu trak water cannon tiba langsung cuba memecahkan gabungan tersebut. Jalan dua hala di hadapan IPD ditutup dan polis langsung mengejar orang ramai yang masih di situ. Para demonstran lari bertempiaran akibat tindakan polis itu hingga ada yang mencari perlindungan di gerai-gerai makan berdekatan. Seramai 3, 4 orang demonstran telah ditahan pada kejadian di hadapan balai polis ini.

Polis telah menghalang sebarang bentuk perhimpunan dihadapan balai polis dan bertindak menghalau sesiapa pun yang berada di situ walaupun mereka yang menunggu bas untuk pulang kerumah di hentian bas di hadapan balai polis. Ini menyebabkan para demonstran berundur sambil menunggu tindakan selanjutnya. Kebanyakan mereka berkumpul di gerai-gerai makan berdekatan dan meninjau keadaan dari situ. Semuanya dianggarkan seramai 29 orang telah ditahan di Petaling Jaya pada malam tersebut. Difahamkan juga ketika ini, beberapa cubaan menggagalkan perhimpunan dan penangkapan turut berlaku di negeri-negeri lain iaitu 4 orang ditahan di Penang dan seramai 5 yang lain di Kelantan.

Berita mengenai kejadian di Amcorp Mall dan di hadapan balai polis itu tersebar luas dan mengundang kepada solidariti dari rakan-rakan lain untuk datang memberi sokongan. Selepas beberapa ketika, trak-trak FRU dan water canon beredar dari hadapan balai. Kemudian, beberapa wakil-wakil NGO, peguam, rakan-rakan, dan wartawan telah beransur-ansur berkumpul di hadapan balai polis untuk memberikan solidariti kepada tahanan demonstrasi. Walaupun hari menuju ke pagi, para demonstran masih bersemangat bertahan untuk menunjukkan solidariti kepada tahanan atas tangkapan yang langsung tak masuk akal. Para tahanan kemudian dibebaskan menjelang pukul 5 pagi hari Isnin. Kejadian sepanjang malam 1 Ogos 2010 ini langsung tidak meluntur semangat perlawanan kepada sebarang bentuk penindasan dan kekejaman penguasa. Selagi akta kejam ini tidak dimansuhkan, selagi itu semangat perlawanan menentang penindasan tidak akan pudar dan padam lagi bernyala dan bersemarak!

Pada tarikh yang sama tahun lepas menyaksikan demonstrasi besar-besaran Anti-ISA seramai 20,000 orang dan sekitar 600 telah ditahan.

Aturcara beransur bermula sebaik kami tiba di Gudang Noisy, lokasi bagi KL Zine Fest 2010 kali yang ini. Pertunjukan berseorangan oleh Chalat Chalat menghantar irama elektronik-sintesizer ke udara, perlahan-lahan mengumpul pendengar antara tidak, barangkali masih sedikit asing atau apa. Kelihatan tidak begitu ramai orang yang turut serta menawar zine atau bahan bacaan lain, disangka mungkin kerana masih awal. Tetapi setelah datang hujan yang tumpah mencurah tidak berputusan di luar sudah semakin jelas menandakan bahawa setakat itu sahaja jumlahnya. Cuma sekitar 5 ke 6 meja sahaja dibuka, ditambah satu yang sedikit lewat sampai, menjual hasil cetak sendiri baju dan patch di atas lantai.

Namun mendekat petang, orang beransur ramai yang datang seiring beransur meredanya hujan. Suasana menjadi lebih meriah. Sebelum itu, acara berterusan dengan persembahan dari kugiran Keladak disertai pula oleh The Pips diselang serentak berlakunya “membuat zine On the Spot”, mengajak bersama sesiapa sahaja menulis dan berkongsi apa pun di situ. Ini juga direncana kelak akan diterbit secepat mungkin.

Sejurus setelah 3 persembahan pada senarai acara berakhir, hadirin bersama menonton dokumentari tentang pengalaman dan pendapat penulis-penulis zine dan analisis budaya zine secara keseluruhan di Amerika yang berjudul $100 & A T-Shirt.

Penutup acara diakhiri dengan sesi membaca penulisan zine atas jemputan dan juga secara terbuka kepada sesiapa sahaja. Dimulai oleh Azizi dan disusul oleh Mat Noor, Yuen, Nizang dan Alind membaca kutipan tulisan pilihan masing-masing. Secara keseluruhan walau tidak disertai oleh ramai penulis-penulis lain untuk kali ini diharap bisa mencetus banyak penulisan dan penghasilan zine pada masa mendatang. Itu satu kemungkinan.

Sedikit maklumat lanjut:
1. Zine Fest ini dianjurkan bersempena sambutan acara zine sedunia pada bulan Julai setiap tahun.
2. Beberapa zine baru telah terbit sempena KL Zine Fest termasuk zine dari kolektif kudeta, Akar Ruang, Bebal, Scenery Is Free, Mosh serta Shock & Awe isu pertama.
3. Wiki tentang zine.
4. Gambar selebihnya KL Zine Fest 2010 di sini.
5. Blog untuk muat turun zine di sini.