kalian,

sudah lanjut blog ini tertangguh sebelum bermula.
tersisa percubaan lalu tanpa diisi cuma tempelan kata pembuka dari zine Prasasti dahulu. itu sahaja.
ada antara kami sudah lewat pergi membangun usaha lain, yang masih tinggal termanggu mengolah rencana yang tidak pernah usai.
buat sekian kalinya mahu dicuba lagi.
moga kali ini benar sekali datang anginnya semangat baru.
moga ada terbit peluang meneruskannya, sejurus pesan ini ditulis.
selagi bintang tetap mahu membakar malam.
selagi hati terus berdenyut. mendukung hasrat untuk suatu dunia.
masih punya harapan.

anarki dan api

Advertisements